Friday, January 03, 2014

PERSATUAN, PENGUSAHA BAS DAN SPAD... SIAPA INGKAR KEPUTUSAN?


Jika kita baca kearatan-keratan akhbar perdana dan juga portal berita online hari in, rata-rata melaporkan dengan angkuhnya Persatuan Bas Malaysia mengugut kerajaan untuk menghentikan operasi bas sekolah mereka sekiranya permintaan mereka untuk menaikkan tambang sehingga 40% tidak dipenuhi walaupun pada awalnya mereka telah bersetuju untuk berbuat sedemikian selepas March tahun ini.

Di dalam kenyataan akhbar SPAD pada 31 Disember 2013, jelas menyatakan;

S.P.A.D. has met with representatives from Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia ("PPBSM"} and Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia ("GPBSM") on 24th December 2013 and both parties has come to the consensus that there will be no surcharge or price hike for school bus fare until S.P.A.D. announces the new school bus fare scheme in March 2014. 

Alasan Pengusaha Bas;


Apakah kata persetujuan yang telah diambil PPBSM dan GPBSM hanyalah satu drama? Sekiranya pihak SPAD mengambil tindakan terhadap mereka iaitu PPBSM dan GPBSM, ia suatu yang sangat wajar dan tepat sekali kerana persetujuan telah diingkari.

Di dalam isu ini, perlu dikaji apakah persatuan yang mewakili pengusaha-pengusaha bas ini telah benar-benar memberi penerangan kepada ahli-ahli mereka atau dengan sengaja berkomplot untuk menaikkan tambang bas sehingga 40%?

Atau adakah pengusaha-pengusaha bas sekolah ini terdiri daripada ahli-ahli PPBSM dan GPBSM?

Walaubagaimanapun, masih terdapat di beberapa negeri yang tidak menaikkan tambang bas dan akur dengan saranan SPAD.

Dalam laporan BH...

Di Kuala Terengganu, Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Kemaman (PPBSK) menaikkan tambang bas sekolah pada kadar maksimum RM5 berdasarkan harga yang dicadang dan dengan persetujuan ibu bapa pelajar.

Pengerusinya, Ahmad Shukran Mohd, berkata kenaikan itu berkuat kuasa semalam dan kadar harga yang dicadang itu berdasarkan kepada kebenaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam perbincangan dengan agensi itu akhir Disember lalu.

Di Alor Setar, Persatuan Pengusaha Bas Sekolah di negeri itu belum menaikkan kadar tambang perkhidmatan mereka bulan ini.

Jurucakapnya ketika dihubungi semalam, berkata pihaknya belum memutuskan kadar baru dan masih mengekalkan kadar lama kerana belum mendapat lampu hijau dari pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 

Persoalannya, jika ada yang mampu dan masih akur dengan arahan SPAD .... 

MENGAPA PERLU MELANGGAR ARAHAN YANG TELAH DITETAPKAN?

APAKAH DI TERENGGANU DAN ALOR SETAR TIDAK MENGALAMI KESAN KENAIKAN HARGA DIESEL DAN KENAIKAN HARGA OPERASI?

Memang wajar dan tepat sekali jika SPAD mengambil tindakan yang tegas dan keras terhadap mana-mana pengusaha yang telah mengingkari persetujuan yang mereka buat bersama.

Kepada ibubapa yang mengalami kenaikan tambang bas sekolah yang melampau, sebaiknya membuat laporan ke pihak SPAD seperti yang telah disarankan Tan Sri Hamid seperti berikut;

SPAD hotline at 1-800-887-723
 

1 comment:

Anonymous said...

Hello spade. This problem should have been solved before school opened in January 2nd. SPADA must prioritize they work.