Friday, February 07, 2014

SPAD MENJAWAB TUDUHAN HISHAMUDDIN




Oleh kerana Hishamuddin menuding jari dan secara 'handpicked' kepada SPAD ketika membuat rumusan punca tragedi kemalangan di Genting pada 21 Ogos 2013 lalu, kini SPAD telah mengeluarkan kenyataan media menjawab segala tuduhannya seperti yang ditulis DI SINI...

Antaranya ialah;
"Dalam konteks ini, SPAD meluluskan lesen operasi kenderaan tanpa mengambil kira keperluan spesifik tertentu seperti keadaan persekitaran jalan raya yang berbukit dan kapasiti penumpang berdiri yang dibenarkan untuk bas henti-henti,"

Ini pula jawapan SPAD; 
 


KENYATAAN MEDIA

SPAD MENYAMBUT BAIK CADANGAN UNTUK MEWUJUDKAN LEMBAGA KESELAMATAN PENGANGKUTAN NEGARA



KUALA LUMPUR: 29 Januari 2014- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’ atau ‘Suruhanjaya’) menyambut baik cadangan untuk mewujudkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara bagi menyiasat dan menangani kes-kes kemalangan ngeri seperti kemalangan di Genting Highland pada 21 Ogos 2013.  SPAD akan mengkaji kesemua 20 cadangan dan 51 pelan tindakan penambahbaikan manual prosedur kerja setelah laporan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

Syarikat Genting telah memulakan operasinya setelah mendapat kelulusan lesen daripada agensi yang bertanggungjawab pada tahun 1984, iaitu sebelum SPAD ditubuhkan. 

Dalam perkembangan berkaitan, SPAD telah mengkaji semula semua kaedah pemberian permit bagi kenderaan awam yang diamalkan sebelum penubuhan SPAD.

Selain itu, pemeriksaan berjadual bagi kenderaan awam dan perdagangan dilakukan oleh pihak Puspakom bagi menentukan “roadworthiness” manakala struktur reka bentuk setiap kenderaan awam (bas atau lori) termasuk bilangan penumpang bagi bas (duduk dan berdiri) ditentukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan. Disamping itu, Jabatan Pengangkutan Jalan juga bertanggungjawab atas pengeluaran “Public Service Vehicle” (PSV) kepada pemandu pengangkutan awam.

Pihak SPAD hanya mengeluarkan lesen pengendali setelah meneliti beberapa perkara berkaitan dengan syarikat dan sekiranya ada keperluan serta permintaan dari rakyat. Perkara-perkara ini dijelaskan bukannya bertujuan untuk menunding jari malah satu kaedah penyelarasan skop tugas dan tanggungjawab perlu dilakukan dibawah satu agensi dengan kadar segera bagi mewujudkan mekanisme kawalan yang lebih efisien. 

Bagi meningkatkan tahap kompetensi pemandu pula, SPAD sedang dalam proses untuk mengeluarkan kad pemandu dalam sistem maklumat pemandu SPAD bagi memantau sikap dan prestasi setiap pemandu pengangkutan awam. Selain daripada itu, SPAD juga telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan SPAD ICOP Keselamatan yang telah berkuatkuasa pada 20 Ogos 2013 untuk semua pengendali bas. Ianya bertujuan untuk memberi garis panduan keselamatan yang praktikal bagi semua pengendali bas demi memastikan keselamatan operasi dan mengurangkan insiden kemalangan. Penambahbaikan ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) ini telah dimaklumkan kepada Panel Penyiasat.

Hasil utama yang diharapkan melalui program latihan SPAD ICOP – Keselamatan adalah; menjadikan agenda keselamatan sebagai agenda utama bagi setiap pengendali pengangkutan awam darat; menerapkan nilai-nilai moral untuk membantu mengatasi masalah dan kelemahan amalan keselamatan bagi pengendali pengangkutan awam darat; dan menjadikan amalan keselamatan sebagai budaya dan norma industri pengangkutan awam.
Memandangkan lanskap pengurusan keselamatan jalanraya di Malaysia melibatkan agensi kerajaan, maka SPAD ingin sekali lagi mencadangkan supaya penstrukturan semula agensi-agensi ini dari aspek skop dan tanggungjawab diselaraskan bagi memastikan transformasi keselamatan industri ini dapat dijalankan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi
En. R. Suresh Kumar, Ketua Komunikasi (019-3295214) atau 
Puan Nurul Asyikin, Pengurus, Bahagian Komunikasi (012-6227832).

Sekali lagi diharapkan pihak Kementerian Pengangkutan yang bermenterikan Hishamuddin supaya menasihat panel bebas yang dilantik pihak kementerian dan dipengerusikan oleh Tan Sri Lee Lam Thye supaya membuat 'homework' sebelum membuat kenyataan yang boleh mendatangkan satu lagi koleksi lawak jenaka seorang menteri.

Jika TPM minta dicari punca kemalangan dan alasan Hisham pula ialah kelemahan dalam memberi lesen operasi dan komunikasi antara jabatan... adakah ini satu alasan yang tepat dan relevan?

Seandainya, seorang peguam melakukan kesalahan jalanraya, adakah Bar Council akan dipersalahkan juga?

Inilah yang dikatakan, sudah terang lagi bersuluh kelemahan seorang menteri yang patut dipencenkan segera dari Kementerian Pengangkutan!

No comments: