Monday, March 10, 2014

PEMILIK TEKSI JOHOR - SINGAPURA PERLU DITEMUDUGA

DERETEN teksi Johor Bahru ke Singapura di Jalan Trus, Johor Bahru

Samada permohonan syarikat teksi untuk laluan Johor Baru - Singapura telah lulus ataupun pernah ditolak, mereka perlu ditemuduga bagi pembaharuan permit  pada 31 Mei 2014. Mereka perlu mengemuka permohonan kepada SPAD untuk dipertimbangkan. 

Saranan ini telah dinyatakan oleh  Pengerusi SPAD, Tan Seri Syed Hamid Albar ketika satu perjumpaan khas bersama pemandu teksi Johor Baru-Singapura di Johor Bahru yang turut dihadiri Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.



Sebelum ini, kerajaan telah mengeluarkan sebanyak 200 permit bagi teksi Johor Bahru ke Singapura dan 200 permit bagi teksi Singapura ke Johor Baharu seperti dipersetujui menerusi perbincangan kerajaan Malaysia dan Singapura sebelum ini.
 
SPAD juga sedang menjalankan kajian untuk mengadakan sistem terbuka bagi perkhidmatan teksi seperti dilaksanakan di Kuala Lumpur dan berusaha untuk menambahbaik perkhidmatan pemandu-pemandu teksi.

Setelah meneliti masalah yang dihadapi pemandu-pemandu teksi di Johor Bahru yang di antaranya ialah masalah dalaman termasuk penggunaan teksi biru (Innova) berbanding teksi kuning di mana mengikut undang-undang hanya teksi kuning dibenarkan menyeberang tambak untuk mengambil dan menurunkan penumpang, selain cara pengagihan dan pemilikan permit teksi Johor Bahru ke Singapura yang sering dipersoal.

Lawatan Pengerusi SPAD ke Hentian Teksi Johor - Singapura
Pihak SPAD juga telah mendapat aduan isu ahli persatuan teksi takut untuk bersuara terhadap pengurusan persatuan kerana bimbang permit mereka ke Singapura ditarik balik.
 
Pendekatan yang dicadangkan SPAD ini juga adalah supaya mereka tidak rasa teraniaya dalam menentukan siapa layak atau tidak layak untuk membawa teksi masuk ke Singapura.


No comments: