Thursday, March 27, 2014

ULAT TEKSI DAN ULAT TIKET DIHUKUM


Di laluan utama di mana kehadiran pelancong iaitu di lapangan terbang KLIA Sepang telah menjadi tumpuan utama ulat-ulat teksi. Di antara sebab utama kehadiran ulat-ulat teksi yang semakin aktif  di KLIA adalah Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ulat-ulat ini memang menyamar dalam berbagai cara dan kadang kala ada yang berpakaian full suit untuk mengambil pelanggan-pelanggan, berdiri sama-sama menyambut kedatangan dan mereka mempelawa pengunjung-pengunjung ataupun pelancong-pelancong untuk menaiki teksi mereka.

Tetapi sepandai-pandai tupai melompat, pasti akhirnya ke tanah jua...

Di mana jua ulat-ulat ini bergerak, samada sebagai ulat teksi atau ulat tiket, pasti suatu hari mereka akan ditangkap dan didakwa di mahkamah. SPAD didalam operasi membanteras ulat-ulat ini telah berjaya membuat beberapa
tangkapan dan pendakwaan. Di antaranya;

ULAT TEKSI DIDENDA RM 2000

Seorang ulat teksi hari ini didenda sebanyakk RM 2000 oleh Mahkamah Sepang atas kesalahan di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Mengikut fakta kes, Balasupramaniam A/L Balalee tanpa
kuasa yang sah telah cuba memujuk pelancong dari Tunisia untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari KLIA ke Putrajaya.


"LAGENDA" ULAT TEKSI DIDENDA RM 5000

Seorang “lagenda” ulat teksi, Sun Nyat Kian hari ini dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5000 oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Puan Norhafizah. Sun Nyat Kian di anggap “lagenda” ulat teksi memandangkan beliau memiliki 3 pertuduhan lain dan juga pernah dipenjara selama 7 bulan atas kesalahan yang sama iaitu dibawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukuman ringan dikenakan memandangkan beliau memiliki banyak tanggungan namun Timbalan Pendakwa Raya Puan Uma Devi Balasubramaniam membantah atas alasan tertuduh tidak menunjukkan sebarang tanda keinsafan.


WARGA EMAS JADI ULAT TIKET DI DENDA RM 2000

Seorang warga emas berusia 63 tahun hari ini mengaku bersalah atas tuduhan dibawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Mengikut fakta kes, tertuduh tanpa kuasa yang sah telah memujuk 3 orang
perempuan warga Argentina bagi maksud menawarkan perkhidmatan pengangkutan bagi perjalanan dari LCCT ke Hotel Pacific Kuala Lumpur.

Tertuduh yang mengaku bersalah turut merayu agar hukuman dikurangkan atas alasan beliau memiliki banyak tanggungan. Hakim Puan Norhafizah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2000 kepada tertuduh dan sekiranya gagal bayar, penjara selama 30 hari.

Sumber : Facebook SPAD

No comments: