Friday, April 25, 2014

APA SAJA MENGENAI ISLAM, PAS AKAN LEMAH DI KAKI DAP




Kini hukum hudud kembali ke pentas politik Pakatan Rakyat. Baru-baru ini PAS Kelantan ingin meneruskan hukum hudud di negeri yang telah dikuasai PAS dan memberi peringatan kepada DAP dan PKR supaya jangan campur tangan dan menghalang mereka.

Alasan yang diberi Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ialah hukum hudud telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 iaitu sebelum Pakatan Rakyat dan perjanjian pakatan pembangkang wujud. Perjanjian (Majlis Pimpinan Pembangkang) dan permuafakatan dalam pakatan pembangkang menyatakan untuk tidak melaksanakan hukum hudud itu hanya melibatkan konteks negara.

Bagi DAP pula, alasan yang diberi PAS untuk tidak melaksanakan hukum hudud di peringkat negara adalah alasan yang lemah. DAP bertegas bahawa mereka berhak membantah kerana PAS juga menumpang dalam Pakatan Rakyat ketika Pilihanraya Umum lalu. Gobind Singh yang meneruskan kelantangan mendiang ayahnya, Karpal Singh, mengingatkan PAS bahawa undian yang mereka terima pada PRU 13 lalu adalah berdasarkan kepada agenda PR.
  
Jika hukum hudud hanya akan dilaksana di Kelantan, apa pula pendirian PAS Pusat? Pada 24 November 2013, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan adalah menjadi hak parti Islam itu untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Kelantan kerana perkara itu tidak termasuk dalam persetujuan PAS dengan Pakatan Rakyat (PR).

"Hak dia (Karpal) bersuara, hak kita meneruskan apa yang kita perjuangkan. Itu (hudud) tidak ada dalam perjanjian Pakatan Rakyat." - Presiden PAS


Seronok melihat telatah PAS dan DAP bila isu ugama Islam timbul. Seperti biasa, masing-masing bertegang urat pertahan hujah masing-masing. Namun, apa pula pendirian PKR? Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata  perkara itu sudah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat tetapi belum ada keputusan sehingga diperincikan di peringkat Lajnah Politik PAS Pusat.

Apa perlunya tunggu keputusan Lajnah Politik PAS Pusat jika Presidennya sendiri telah bersetuju? Apakah demi menjaga hati DAP, PKR sedang terkial-kial mencari alasan untuk 'play safe' dalam isu ini?

Yang sebenarnya, jika diamati tindakan DAP dan PKR yang mempunyai pemimpin-pemimpin bukan Islam yang lebih ramai, mereka i(DAP dan PKR) bukanlah menentang sangat-sangat perlaksanaan hukum hudud ini. Gambaran yang lebih besar ialah DAP dan PKR tidak mahu iktiraf Malaysia sebagai negara Islam malah memilih Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Sekiranya PAS masih berdegil untuk laksana hukum hudud, ini bermakna Pakatan juga bersetuju untuk iktiraf Malaysia sebagai negara Islam dan seterusnya mengiktiraf Islam sebagai ugama Persekutuan.

PAS juga terlupa bahawa, di dalam rekod DAP dan PKR, mereka adalah pembela penjenayah atas nama hak asasi manusia dan sekali gus, COMANGO akan gagal jika penjenayah dihukum mengikut hudud PAS. Segala yang diperjuangkan Pakatan Rakyat untuk menghidupkan COMANGO, akan terbantut apabila mereka sendiri melakukan hukuman jenayah dengan memotong tangan, merejam batu dan merotan di khalayak ramai.

Namun, yang lebih mengejutkan kita apabila Datuk Mohd Amar berkata, "... mereka (DAP) harus beri peluang kepada kita melaksanakan hukum ini dan sekiranya kita gagal, barulah mereka ada sebab untuk menolak." Bukankah ini menunjukkan hukum hudud di Kelantan hanya sebagai satu bahan ujikaji? Buat dulu, jika gagal baruboleh dibantah. Apakah perlaksanaan hukum hudud ini sekadar untuk percubaan tanpa bersandarkan kajian yang menyeluruh?

Persoalannya sekarang, seandai PAS Kelantan meneruskan juuga ntuk melakasana hukuman hudud, apakah tindakan seterus DAP dan PKR? Apakah tindakan undang-undang akan diambil terhadap PAS Kelantan? Pakar-pakar undang-undang ramai dalam kedua-dua parti ini, apakah tiada ruang teknikal yang mampu untuk PAS disaman?

SEHINGGA BILA PAS AKAN LEMAH DI KAKI DAP DAN PKR APABILA ISU HUKUM HUDUD TIMBUL?

Jika ingin tahu Hukum Hudud sebenar... DI SINI

No comments: