Thursday, April 24, 2014

SPAD KEKALKAN SISTEM 2-TIER TEKSI DI KLIA 2

 
Pengumuman ketika sesi lawatan... video (DI SINI)

Pada 15 Mei 2013, SPAD telah memperkenalkan sistem perkhidmatan teksi '2-tier' di KLIA setelah Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan sistem 2-Tier diperkenalkan bagi membolehkan teksi bandar menurunkan dan mengambil penumpang di KLIA.

Ia bertujuan agar penumpang-penumpang di airport tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Dengan sistem ini, penumpang akan mendapat perkhidmatan teksi tidak lebih daripada 10 minit. Cadangan sistem perkhidmatan teksi '2-tier' ini adalah lanjutan kajian daripada permintaan teksi bajet dan limosin daripada penumpang-penumpang di KLIA

Selaras dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan, sistem teksi 2-tier yang digunakan di KLIA juga akan dijalankan di KLIA2 dan ini dapat mengelak sebarang komplikasi.

Bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid memohon agar 'queue manager' di KLIA 2 dapat menentukan imej teksi bandar yang berada di KLIA 2 dapat membawa imej negara.


Walaubagaimanapun, semua teksi samada teksi bajet, bandar, limosin, kereta keluarga dibenarkan beroperasi di KLIA2, ini adalah kerana di KLIA 2, tiada lagi sistem konsensasi di mana syarikat-syarikat tertentu diberi kebenaran untuk beroperasi.

Tan Sri juga menasihatkan teksi-teksi bandar supaya jangan menunggu terlalu lama jika tiada penumpang. Pihak SPAD hanya memberi peluang untuk mencari rezeki di tempat yang lebih luas lagi.

No comments: