Thursday, May 22, 2014

KERTETA API LAJU DI FASA 2A ANTARA MALAYISA DAN SINGPURA


Ramai yang tidak sabar mengetahui perkembangan Sistem Kerertapi Api Berkelajuan Tinggi (HSR). Kini, pihak SPAD yang mewakili kerajaan Malaysia telah merancang untuk menyiapkan Fasa 2A perjanjian dengan kerajaan Singapura.

Fasa 2A ini memperincikan kajian teknikal, analisis sosioekonomi ke atas lima stesen HSR, analisis alam sekitar di sepanjang jajaran trek selain menubuhkan pasukan khas HSR. Majlis Ekonomi telah memberikan kebenaran kepada SPAD untuk meneruskan Fasa 2A dan kesemua perincian perkembangan ini terdapat Laporan Tahunan Program Transfomasi Ekonomi 2013.

Selain kaji selidik teknikal, faktor lain termasuk analisis sosioekonomi  ke atas kelima-lima stesen HSR, analisis alam sekitar di sepanjang jajaran landasan dan penubuhan pasukan khas HSR.

Majlis Ekonomi telah beri maklum balas yang sangat positif terhadap Fasa 1B yang telah dibentangkan oleh pihak SPAD pada Jun 2013. Fasa 1B merangkumi analisis manfaat ekonomi dan rancangan pelaksanaan strategik. Kajian ini turut mengenal pasti komponen teknikal dan kejuruteraan untuk projek tersebut.

Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Malaysia-Singapura disifatkan sebagai penjana perubahan menyeluruh yang akan memangkinkan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara yang dipisahkan Tambak Johor.

Kemungkinan nilai yang terhasil daripada HSR sangat besar, daripada penjimatan masa untuk penumpang yang berulang-alik setiap hari – anggaran sebanyak 400,000 orang apabila sistem ini beroperasi – hinggalah menarik  syarikat multinasional yang mahu memanfaatkan keterhubungan yang lebih baik antara kedua-dua negara ini.

SPAD terus merintis jalan dalam pembinaan HSR, yang bakal menjadi landasan kereta api berkelajuan tinggi pertama di Asia Tenggara.

No comments: