Thursday, June 26, 2014

RUM VS KTMB DAN SPAD ... DI MANA KEPENTINGAN RAKYAT?



Adakah disebabkan kenyataan ini, maka RUM (Railway Union of Malaya) meneruskan hajat mereka untuk mengadakan piket di hadapan pejabat SPAD?
KENYATAAN AKHBAR BANTAHAN SEKERAS-KERASNYA PENUTUPAN OPERASI LANDASAN GUA MUSANG – GEMAS ARAHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT (SPAD)
Dengan segala hormatnya, saya ingin merujuk kenyataan akhbar tuan hari ini 23 Jun 2014, di muka surat 14 dan 15 yang telah menunjukan lawatan Ybhg Tan Sri Dato Hamid Albar, Pengerusi SPAD yang telah melahirkan kerisauan dari aspek keselamatan landasan di sektor Gua Musang – Gemas berkemungkinan boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini serta memutuskan untuk mengekalkan arahan penutupan landasan Gua Musang – Gemas pada 27 Jun 2014.

... dan pada 22.6.2014 satu sesi turun padang oleh pihak SPAD dan Pengerusi serta Pengurus Besar KTMB bersama-sama wartawan (... DI SINI)

Faktor piket RUM diteruskan?

1. Berpendapat SPAD ego untuk mengekalkan arahan penutupan landasan Gua Musang - Gemas

2. Semua tanggungjawab ini diletakan kepada Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB yang menjadikan punca masalah iaitu kegagalan membaiki landasan di sektor berkenaan secara berperingkat-peringkat sehingga keputusan di buat oleh SPAD untuk menutup operasi pada 27 Jun 2014.

3. Kenapa sekarang baru nak ambil tindakan? kita menyedari bahawa kegelinciran tren yang berlaku pada tahun 2012 telah berlaku, kenapa tidak dibaikpulih ketika itu, sedangkan setiap kegelinciran SPAD juga dimaklumkan?

4.  Mendapati SPAD hanya menjalankan tugas sebagai “AMBIL MUDAH.

5. Penutupan laluan tersebut selama dua tahun akan "menzalimi" seramai 300 orang kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad, selain penumpang untuk laluan ke Pantai Timur.

Ini pula penerangan ringkas Pengerusi SPAD ketika membuat lawatan pemeriksaan landasan keretapi di Gua Musang;

1. SPAD setelah dinasihatkan oleh pasukan teknikal KTMB dan telah membuat keputusan atas sebab keselamatan dan purely on technical ground.

2. Setelah kerajaan meluluskan 400 juta peruntukan, ia akan digunakan untuk kerja-kerja pembaikan serta upgrading kawasan-kawasan yang terbabit.

3. Keputusan dibuat tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak melainkan hanya di atas soal keselamatan keretapi dan pengguna.

4. Sebagai regulator SPAD ada tanggungjawab. Pengawal selia di dalam perkara ini harus membuat keputusan berdasarkan masalah teknikal.

5. Keselamatan dan nyawa penumpang dan penggendali keretapi tiada optionnya.

Persoalannya sekarang, apakah tuntutan RUM mengadakan bantahan adalah relevan apabila nyawa rakyat sanggup dipertaruhkan? Benar kata Tan Sri, tindakan ini hanya berdasarkan teknikal di atas nasihat KTMB sendiri. Pasti pasukan teknikal KTMB telah membuat cadangan ini maka kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Malahan, Tan Sri sendiri telah mengesahkan penutupan landasan keretapi dibuat secara berperingkat dan alternatif pengangkutan diambilkira dan masih difikirkan secara serius.

Berita terkini yang telah diterima, pihak RUM telah menangguhkan piket mereka setelah kenyataan media dari Tan Sri Syed Hamid dikeluarkan;




Apa yang boleh kita faham di sini ialah kerana gagal berkomunikasi, bekerjasama dan mencapai persefahaman dengan pihak pengurusan tertinggi KTMB, maka persatuan sekerja mereka (RUM) bertindak menentang arahan SPAD.

RUM juga gagal untuk memahami tanggungjawab SPAD dalam isu arahan yang diberi.

Sehingga hari ini, SPAD mementingkan keselamatan rakyat iaitu penumpang yang dikatakan ratusan ribu yang melalui landasan keretapi yang telah pun dikenalpasti sangat uzur dan bakal mengundang bahaya TETAPI RUM mementingkan masa bekerja 300 ahlinya.

Oleh itu, apakah bantahan RUM terhadap arahan SPAD mempunyai agenda berkepentingan sendiri atau benar-benar memikirkan keselamatan rakyat?


No comments: