Wednesday, July 16, 2014

VIDEO SULTAN SELANGOR DI MINIT 4:34... KHAS UNTUK KHALID SAMAD



Pesanan Tuanku Sultan Selangor kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad...

... bermula di minit  4:34;

"Beta merujuk kepada petikan-petikan akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS. 
 "Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor, namun telah berpeluang menjadi ahli parlimen di Selangor. Sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di negeri Selangor terutamanya undang-undang tubuh kerajaan Selangor dan enakmen pentadbiran ugama islam negeri Selangor.
"Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai ketua ugama Islam di negeri Selangor. Tindakan Khalid Samad mempersoal kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap kepada kuasa beta sebagai ketua ugama Islam yang dapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.
Ini bukan kali pertama Khalid Samad mempersoal tentang isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS dan juga enakmen pentadbiran ugama Islam Selangor yang dianggapkan sudah lapok.
Oleh itu, beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan MAIS di dalam menasihati beta di dalam ugama Islam."

Apa komen Presiden PAS dan apa pula akan Khalid Samad jawab nanti? Apakah Khalid Samad akan terus biadap dengan teguran Tuanku Sultan Selangor?

Tanya diri kita, apakah ini kualiti Ahli Parlimen PAS dan berbaloikah undi pengundi Shah Alam diberikan kepadanya untuk dimurkai Tuanku?

Tidak pernah dalam sejarah tanahair, titah Raja-Raja Melayu menyebut secara terperinci nama seseorang samada memuji atau menunjukkan murkanya di khalayak ramai. Namun, titah ucapan Sultan Selangor ini jelas menunjukkan murak tuanku yang tidak dapat dibendung lagi.

Oleh itu, PAS perlu mengambil tindakan tegas dan serius ke atas titah Tuanku Selangor terhadap Khalid Samad.

Terlajak perahu boleh undur tetapi terlajak mulut... padah akibatnya.

Kerana pulut... santan binasa
Kerana mulut... PAS yang terima balasannya


No comments: