Tuesday, September 09, 2014

10 PERKARA DITEGASKAN DS NAJIB

Rakyat sedang berhadapan dengan isu-isu yang menimbulkan keresahan terutama membabitkan soal perlembagaan negara sehingga ada di antara sesetengah pihak telah berani mencabar kedaulatan undang-undang negara. Kita juga berhadapan dengan perbincangan-perbincangan terbuka di media sosial seolah-olah tiada kawalan sehingga kata-kata menghina Raja-Raja Melayu dan pemimpin negara berleluasa tanpa adab dan batasan.

Akta Hasutan 1948 dan ISA merupakan topik perbincangan hangat bukan saja di kalangan netizen tetapi di kedai-kedai kopi juga turut diperkatakan. Ada di antaranya yang mendesak agar kedua-dua Akta ini dikekalkan.

Oleh itu, ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini pada 5 September lalu, DS Najib menegaskan 10 perkara pendirian beliau sebagai seorang pemimpin.
1. Kerajaan tidak akan menarik kebebasan bersuara di media sosial tetapi mahu kebebasan itu dilakukan dengan prinsip kebertanggungjawaban.
 
2. Kerajaan mengamalkan sikap keterbukaan tetapi menjadi tanggungjawab rakyat terutama generasi muda atau Gen Y supaya mengetahui bahawa setiap kebebasan itu ada batasnya.
3.
 
4. Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian tetapi perkara berkaitan agama dan bangsa tidak akan diabaikan.

5. Dalam melaksanakan perkara yang baharu termasuk undang-undang serta tindakan yang bersifat terbuka, kerajaan mengambil kira banyak pandangan sebelum melaksanakannya termasuk daripada ahli MT (Majlis Tertinggi Umno), parti komponen, orang awam pelbagai bangsa.

6. Kita tak pakai (pendapat) Bar council sahaja.

7. Setelah mendapat konsensus nasional barulah keputusan dibuat.

8. Biar lama asalkan selamat. Inilah cara kita mentadbir negara...langkah ke hadapan.

9. Beliau sedia ditegur asalkan teguran dibuat tidak jejaskan kepentingan parti dan negara.

10. Kerajaan tidak ada monopoli atas kebijaksanaan...era itu dah habis, kita kongsi pendapat.

Semoga 10 perkara yang ditegaskan DS Najib ini dapat memberi penjelasan ke atas pendirian beliau. Sebagai rakyat, seharusnya kita bersama-sama DS Najib berhadapan dengan segala dugaan yang dihadapi.

Di dalam menuju sebuah negara yang maju, sebenarnya DS Najib mengajak kita berfikir sebagai seorang yang matang di mana kita mesti belajar menimbang sesuatu perkara dengan mendengar dari semua pihak samada mereka adalah pihak yang menyokong kerajaan mahu pun pihak pembangkang.

Jika kerajaan sudi mendengar pandangan rakyat, mengapa kita sebagai rakyat tidak pula sudi mendengar penjelasan kerajaan?

No comments: