Thursday, October 30, 2014

FELDA BERSIH DARI RASUAH


Di dalam sebarang pengurusan kontrak perolehan dan SOP pengurusan kewangan FELDA, tidak terdapat unsur rasuah, ketirisan dan penyelewangan. 

Ini telah disahkan oleh Pengerusi PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara), Datuk Nur Jazlan.

Namun masih terdapat kelemahan dalam pengurusan kontrak perolehan yang hanya akan menyebabkan masalah tatacara kewangan ketika proses audit akan terus berlaku dan berulang pada masa depan.

Dengan pengesahan ini, segala tuduhan dari pihak pembangkang bahawa pengurusan tertinggi
FELDA terlibat di dalam kegiatan rasuah adalah meleset dan tuduhan-tuduhan tersebut semata-mata berniat mengaibkan imej FELDA.

PAC atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara telah ditubuhkan bertujuan untuk memeriksa dan memantau urusan kewangan negara dan memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan negara ditadbir secara baik dan sempurna. Di dalam PAC, jawatankuasanya terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen dari parti kerajaan dan tidak ketinggalan parti pembangkang iaitu dari DAP, PKR dan PAS.

Pada masa yang sama juga, bagi mengesahkan bahawa FELDA bersih dari rasuah, organisasi kebanggaan negara ini juga telah mewujudkan Unit Pengurusan Risiko/Integriti semenjak 2010 yang telah pun memasuki fasa kedua yang sejajar dengan usaha kerajaan berdasarkan NKRA iaitu MEMERANGI RASUAH. 

FELDA dan FGV telah pun menandatangani Ikrar Integriti Korporat dan Pakatan Integriti dengan SPRM pada 9 April 2012. FELDA dengan kerjasama SPRM telah giat menjalankan program kesedaran di semua peringkat negeri dan pengurusan yang memberi fokus kepada pencegahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dengan langkah-langkah FELDA serta anak-anak syarikatnya komited dan serius melaksana tanggungjawab mereka kepada stakeholders secara telus, serta pengesahan dari PAC maka dakwaan-dakwaan liar pihak-pihak pembangkang adalah SALAH dan sememangnya ia berniat JAHAT. Mereka mengetahui apabila rasuah dapat disabitkan dengan FELDA, maka dengan mudah mereka mampu melenyapkan kepercayaan pelabur-pelabur asing dan rakan-rakan kongsi serta rakan niaga antarabangsa.

Tidak hairan seandainya mereka akan cuba mencari kelemahan-kelemahan FELDA yang lain dan mengabaikan segala pencapaiannya yang mampu membawa FELDA bersaing secara sihat dan konstruktif di pasaran global.

Sekali lagi, diulang bahawa .... 

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati tiada unsur rasuah, ketirisan dan penyelewengan dalam pengurusan kontrak perolehan dan prosedur operasi standard (SOP) kawalan kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

SYABAS FELDA!

No comments: