Saturday, December 27, 2014

CDO SPAD DILANTIK PENGARAH URUSAN KUMPULAN PRASARANA

En Azmi Abdul Aziz - dari CDO SPAD
Jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau, tercampak ke langit menjadi bintang dan jika tertanam di darat akan menghasilkan tanaman... bermaksud yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.

Itulah perumpamaan yang seharusnya diberi kepada En Azmi Abdul Aziz yang bakal memegang  jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad bermula 1 Januari 2015 menggantikan Datuk Seri Shahril Mokhtar.

En Azmi telah berkhidmat selama 25 tahun dalam industri pengangkutan, khususnya sektor rel samada sektor awam dan swasta dan kembalinya beliau ke Prasarana juga ibarat sireh pulang ke ganggang di mana beliau pernah mengetuai operasi Rapid KL.

Ketika memegang jawatan Ketua Pegawai Pembangunan (CDO) di SPAD, En Azmilah orangnya yang ditugaskan mengurus pembangunan dasar dan perancangan dalam pelaksanaan pelan induk pengangkutan awam darat negara. Di antara  tanggungjawab utamanya adalah memastikan projek MRT pertama Malaysia berjalan lancar serta mengetuai kajian keretapi laju KL-Singapura.

Di Scomi Engineering, En Azmi adalah Pengarah Projek bagi Monorail RST India di Mumbai. Tanggungjawab yang diberikan adalah membuat perancangan strategik dan merekabentuk sistem mekanisma kawalan projek.

Di dalam pengumuman bajet 2015 lalu, kerajaan telah mengumumkan akan membina transit aliran ringan (LRT3) garis ketiga menghubungkan Shah Alam, Bandar Utama dan Klang bersama-sama dengan empat lebuh raya baru untuk meningkatkan penyambungan dengan tambahan RM9 bilion.

Inilah tugas utama En Azmi bagi memastikan perlaksanaan projek LRT3 berjalan lancar demi meningkatkan hubungan dan pergerakan penduduk-penduduk di Klang, Shah Alam dan Bandar Utama.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam dalam kenyataannya begitu yakin dengan pengetahuan dan kebolehan En Azmi dalam dasar-dasar dan operasi sistem dan perkhidmatan pengangkutan awam terutama dalam bidang rel dan elemen terbaik ini akan mampu melonjak kedudukan kumpulan Prasarana ke tahap yang lebih kukuh.

Walaubagaimanapun, mantra ingin berkongsi video pembentangan kertaskerja ketika berkhidmat dengan SPAD di Middle East Rail 2013;



Semoga kejayaan En Azmi ini dicontohi rakyat Malaysia dan benarlah seperti perumpamaan melayu, yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga...



No comments: