Sunday, January 11, 2015

KONVOI YAYASAN MESRA DALAM MISI BANTUAN BANJIR KE KELANTAN


Apabila cubit peha kiri, peha kanan pasti terasa dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...

Itulah yang dirasakan oleh semua rakyat Malaysia apabila saudara-saudara kita di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak sedang menghadapi musibah banjir yang dikatakan paling teruk dalam sejarah.

Ketika banjir sedang melanda, hanya doa yang dapat dihulurkan agar mereka segera dapat diselamatkan.

Namun setelah banjir semakin surut, inilah ketikanya bantuan dihulur dan disalurkan kepada mereka. Pada 8hb lalu, konvoi Yayasan Mesra telah bergerak ke Tanah Merah, Kelantan dengan muatan seberat 10 tan. 

Destinasi konvoi bantuan telah menuju ke Dewan Insaniah, Kg Kelewek, Kelantan di bawah Parlimen Tanah Merah dan disambut ahli Parlimen Tanah Merah, YB Datuk Ikmal Hisham.



Bertepatan dengan misinya "Khidmat Mesra", Yayasan Mesra telah bersama-sama meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Di antara bantuan yang dibekalkan adalah beras, minyak masak, biskut, maggi dan telor 'special-one'.




Selain dari Gua Musang dan Kuala Krai, Tanah Merah juga paling teruk terjejas di mana ia adalah di antara daerah yang dilalui Sungai Kelantan.
semua bandar yang dilalui Sungai Kelantan
semua bandar yang dilalui Sungai Kelantan

Selain dari bantuan, kakitangan Yayasan Mesra juga telah mengadakan ziarah mesra ...



Bantuan yang dihulurkan, sekurang-kurangnya dapat meringankan kesulitan mangsa-mangsa banjir dan rasa kesyukuran terserlah di wajah-wajah mereka...




Prihatin seorang pemimpin ... inilah yang dikatakan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing!

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin juga turut sama-sama membantu menguruskan bantuan.



Apabila peha kanan dicubit, peha kiri pun terasa peritnya, maka syabas kepada warga Yayasan Mesra kerana prihatin terhadap saudara-saudara yang sedang menghadapi musibah banjir. Semoga prihatin mereka menjadi contoh kepada kita, bersama-sama menghulurkan bantuan dan inilah semangat rakyat Malaysia sebenarnya.

 

No comments: