Saturday, February 28, 2015

PENGHARGAAN MCA KEPADA MB NEGERI SEMBILAN KEKALKAN KUOTA PBT


Kerajaan Negeri Sembilan telah mengekalkan 31 kuota dari MCA dalam pemilihan Ahli Majlis Tempatan Negeri. MCA melihat kepercayaan ini akan mampu kembalikan sokongan masyarakat dan berharap  ahli-ahli yang telah dipilih akan bekerja lebih keras dan seterusnya suara masalah rakyat terutama bangsa Cina akan lebih didengari.

Penghargaan in telah disampai oleh Datuk Dr Wee Ka Siong selaku Timbalan Presiden bagi pihak MCA, di dalam majlis penyampaian watikah pelantikan kepada Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di Seremban oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Datuk Wee telah mengarahkan kesemua lantikan dari MCA menghantar laporan kepadanya setiap gerak kerja yang telah dilakukan dan perancangan akan datang di setiap zon. Oleh kerana MCA tidak diwakili mana-mana ADUN, maka peluang ini akan mampu beri peluang ahli-ahli untuk bekerja lebih keras merampas semula kerusi yang telah kalah ketika PRU 13 lalu.

Di PRU 13, inilah pertama kali ADUN Negeri Sembilan tidak diwakili calon MCA setelah kalah kesemua 10 kerusi parlimen dan DUN.

Di dalam pemilihan calon ahli PBT, Datuk Wee menegaskan saringannya adalah sangat ketat sebelum dicadangkan kepada MB. Di antara syarat wajib yang dikenakan adalah calon wajib fasih berbahasa Melayu, aktif di dalam setiap program parti dan dikenali masyarakat setempat.

Datuk MB Negeri Sembilan pula berharap agar perlantikan ahli-ahli majlis dapat menjadi jambatan di antara pihak berkuasa negeri dan rakyat. Mereka diibaratkan sebagai pengarah-pengarah sesebuah syarikat dan mereka perlu memahami peranan masing-masing. Mereka juga perlu membantu memberi penerangan dasar-dasar dan keputusan kerajaan negeri.

Bagi Datuk Seri Mohamad Hasan, objektif pentadbirannya adalah untuk mempastikan rakyat Negeri Sembilan gembira. Oleh itu, beliau berharap ahli-ahli Majlis bekerja berlipat ganda dan pastikan setiap masalah yang dikemuka rakyat dapat diselesaikan. Sekaligus ini mampu menafikan yang rata-rata mengatakan perkhidmatan di PBT tidak efisien.

Ahli-Ahli PBT yang telah dilantik juga merangkumi wakil dari NGO, pegawai keselamatan dan Datuk Lembaga Adat.

No comments: