Wednesday, June 10, 2015

SAHAM FGV MASIH KEKAL DI PAPAN UTAMA BURSA MALAYSIA

Sebaik sahaja Bursa Malaysia Bhd mengumumkan bahawa Westports Holdings akan menggantikan Felda Global Ventures Holdings dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI, berikutan semakan separuh tahun FTSE Bursa, ia dengan mudah disalah faham dan dikelirukan oleh pihak tertentu bahawa FGV adalah benar-benar terkeluar dari Bursa Saham.

Jika kita masih ingat, FGV memasuki papan utama pada 28 Jun 2012 dan berjaya ke senarai FTM KLCI dan berjaya menjana keuntungan awal sebanyak RM10.4 bilion, selepas penyenaraian tertinggi Facebook.

Hampir separuh daripada keuntungan ini telah disalurkan di dalam agenda pertumbuhan FGV dengan pelaburan perladangan mereka. Peneroka Felda pula telah mendapat manfaat dari keuntungan ini apabila seramai 112,635 keluarga peneroka telah menerima durian runtuh sebanyak RM15,000 setiap satu keluarga seperti yang pernah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Oleh itu, adakah benar bahawa saham FGV telah terus terkeluar dari Bursa Saham Malaysia seperti yang didakwa oleh penyebar-penyebar khabar angin?

Sudah tentu tidak TIDAK kerana saham FGV hanya beralih ke senarai 70 syarikat di BSKL dan masih menduduki di papan utama. Saham FGV sebelum ini tersenarai antara 30 syarikat dalam Indeks FBM KLCI apabila kerana telah menjana keuntungan kedua tertinggi di dunia selepas Facebook. Dari masa ke semasa senarai indeks ini dikaji semula setiap enam bulan.
 

Tidak mustahil dalam beberapa bulan ini FGV boleh masuk semula top 30 - Datuk Ehsan

YB Datuk Noor Ehsanuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, dalam penerangan mudahnya pula menjelaskan, "Ada syarikat yang berada pada kedudukan nombor 300 tetapi perniagaan tetap berjalan seperti biasa. FGV walaupun keuntungannya pada penggal kedua, jatuh berbanding penggal pertama, ia masih mencatat keuntungan dan tidak mustahil dalam beberapa bulan ini FGV boleh masuk semula top 30"

Mungkin ramai yang tertanya-tanya berapakah nilai saham FGV hari ini? Kaedah pengiraan nilai pasaran adalah nilai semasa didarabkan dengan unit saham di mana nilai semasa untuk FGV berada pada RM1.95 darab dengan 3.63 bilion unit saham dan jumlahnya adalah RM7.11 bilion (RM1.95 X 3.65).

Kita perlu memahami bahawa perdagangan dalam mana-mana Bursa Saham di seluruh dunia bukanlah satu perdagangan mudah apabila sesiapa atau mana-mana organisasi layak untuk berdagang melainkan dengan kekuatan kewangan dan portfolio syarikat. Apabila saham atau penipuan pelaburan mahupun manipulasi pasaran yang mencurigakan yang menyebabkan kepada pelanggaran undang-undang sekuriti, barulah ia boleh dikeluarkan dari senarai saham.

Kebimbangan seterusnya ialah, apa yang menyebabkan prestasi saham FGV sehingga penyingkiran daripada Indeks FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur ?

Seawal 2014, harga minyak sawit mentah dunia (MSM) telah mencatatkan penurunan yang drastik dan ini telah memberi kesan kepada syarikat-syarikat berasaskan komoditi dalam hasil dan keuntungan mereka. Semua indeks perladangan di Bursa Malaysia jatuh di antara 6 hingga 7 peratus dalam tempoh enam bulan.

Implikasi negatif ini telah menarik pelabur untuk beralih kepada kaunter lain terutamanya dari industri pertanian. Hampir semua saham perladangan telah menyaksikan pengurangan dalam nilai saham berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 2012.

Perniagaan teras FGV bergantung lebih daripada 70 peratus daripada pendapatannya daripada sektor perladangan berbanding dengan yang syarikat-syarikat perladangan lain. Kejatuhan harga minyak sawit mentah juga adalah di luar kawalan pengurusan FGV apabila ia ditentukan oleh kuasa pasaran global.

Oleh itu, adalah tidak benar bahawa saham FGV sama ada mereka digantung atau dikeluarkan dari kaunter Bursa Malaysia. Perdagangan masih seperti biasa dan sehingga kini, saham FGV masih kekal dalam Bursa Malaysia dan proses kajian hanya akan diumumkan pada 22 Jun 2015.

No comments: