Monday, January 18, 2016

KERJASAMA STRATEGIK FELDA DI CAMBRIDGE, TAN SRI ISA DILANTIK SEBAGAI FELO


Kolej Universiti Pembroke Cambridge telah melantik Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai Felo William Pitt terbarunya. Ia bukan sekadar satu perlantikan malahan satu pengiktirafan kepada Felda khususnya dan Malaysia amnya dan terutama Perdana Menteri DS Najib Razak.

Perlantikan ini adalah satu testimoni kerjasama yang telah terjalin di antara Felda/FGV dengan Pembroke College dan universiti tersebut. Tan Sri Isa Samad juga adalah Pengerusi FGV.

Imbas kembali pada tahun 2013, FGV telah bekerjasama dengan pakar-pakar sains Universiti Cambridge di mana kedua-dua pihak telah menandatangani kontrak untuk menghasilkan karbon nanotube dan graphene bergred tinggi yang pertama di dunia daripada hasil sampingan kelapa sawit. MoU ini telah disaksikan oleh YAB Perdana Menteri DS Najib Razak di London.

MoU yang ditandatangani adalah hasil daripada usaha berterusan FGV untuk memberi tumpuan kepada perkembangan inovasi. Ia juga menandakan satu pencapaian yang mampu merangsang pasaran baru FGV di dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat seperti automotif, aeroangkasa dan produk-produk pengguna industri bagi CNT dan Graphene yang bergred tertinggi.

Kerjasama yang dikatakan 'win-win' ini, FGV adalah pembekal minyak sawit mentah dan Kolej Universiti Pembroke Cambridge pula mengguna kepakaran sains mereka.

Kemudian Yayasan Felda pula telah menandatangani perjanjian strategik dengan Pembroke College dan menyertai Program Perkongsian Korporat mereka di mana Felda dan FGV telah menghantar pegawai-pegawai kanan mereka untuk mengikuti kursus dan latihan di sana.

Tidak dapat dinafikan penghormatan perlantikan Tan Sri Isa sebagai Felo William Pitt kerana beliau adalah penggerak kepada kerjasama strategik ini yang mampu memberi manfaat kepada warga Felda dan seterusnya meletakkan Felda di pentas dunia di dalam teknologi 'nano carbon'.

William Pitt Fellowship telah dinamakan sempena mendiang Perdana Menteri UK William Pitt the Younger, juga seorang alumni di Kolej Pembroke iaitu kolej yang ketiga tertua di Cambridge.
 

No comments: