Thursday, February 25, 2016

DI DALAM DIAM #MCDONALD'S MENYUMBANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA


Ketika ada yang mengaitkan McDonald's Malaysia dengan regim Zionis menindas rakyat Palestin melalui JUF (Jewish United Fund) di Amerika, pelbagai penafian dan penerangan telah dibuat termasuklah di dalam blog ini DI SINI dan DI SINI ...

Penafian dan penerangan dari McDonald's Malaysia tidak diendahkan oleh pelobi-pelobi anti-Israel dan di dalam diam-diam rupanya McDonald's Malaysia telah mengumpul dana dan telah disalurkan kepada rakyat Malaysia.

Di dalam siri kempen kebajikan mereka melalui Ronald McDonald House Charities (RMHC), McDonald's telah berjaya meyakinkan rakyat Malaysia dan pada tahun 2015 sahaja, RMHC telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM813,440. Sumbangan ini bukan sahaja dignunakan untuk kempen kebajikan RMHC saja, malahan telah dikembangkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan juga mangsa gempa bumi di Sabah.

Sebanyak RM425,000 dari jumlah sumbangan yang terkumpul telah digunakan di daerah banjir yang paling teruk terjejas di Kelantan dan Terengganu. Di antaranya adalah Kuala Kerai, Manik Urai dan Dabong di Kelantan serta Kemaman, Dungun and Kuala Terengganu di Terengganu. Sumbangan kewangan ini telah dimanfaatkan untuk membina semula sejumlah 34 buah sekolah di mana surau dan kawasan pejalan kaki telah diperbaiki manakala sekolah-sekolah ini juga menerima kerusi, meja dan komputer baru juga.


Hasil dari jualan pelbagai jenis minuman beku dan kutipan yang hampir kepada RM100,000, ia telah digunakan untuk membantu keluarag 4 malim gunung Gunung Kinabalu yang terkorban ketika berlaku gempa bumi, malim-malim yang telah hilang pekerjaan dan juga sekolah-sekolah yang telah terjejas di Ranau.


McDonald's sangat gemar meraikan beberapa hari perayaan termasuklah Hari Sarapan Kebangsaan dan pada 13 April 2015, sarapan pagi McDonald's telah menghidangkan sebanyak 230,000 Egg McMuffins kepada seramai 11,650 guru dan mereka yang sentiasa memulakan tugas di waktu pagi. Hidangan sarapan pagi ini adalah satu penghargaan kepada mereka yang telah berbakti di dalam pembangunan pembelajaran anak-anak Malaysia.

 

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia pula, sekali di dalam seminggu sebanyak 265 rangkaian restoran McDonald's telah menyediakan makanan atau moreh untuk masjid atau surau sebagai satu cara untuk menyumbang semula kepada masyarakat dan pada tahun lalu merupakan program McDonald's buat kali ke dua. 


Menjelang Syawal pula, McDonald's telah memenuhi hasrat kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk membeli-belah baju raya mereka dan berbuka puasa di restoran McDonald's.



Pada Hari Guru Tahun lalu, McDonald's telah menjemput guru-guru dari 25 sekolah terpilih ke rangkaian restorannya untuk diraikan di dalam budaya McDonald's. Mereka juga telah diberikan kupon McChicken percuma.











 

Di samping menghulurkan bantuan kewangan, McDonald's juga mempunyai cara tersendiri untuk berkhidmat kepada masyarakat di dalam program mereka. Di antaranya termasuklah program buku Happy Meal McDonald's yang telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang bertujuan menggalakkan tabiat membaca di kalangan generasi muda. Sebanyak 10,000 naskah buku Happy Meal telah disumbangkan kepada organisasi kebajikan dan rumah anak yatim.



 
McDonald's Malaysia juga tidak ketinggalan menyertai kempen Ronald McDonald di dalam mempromosikan 'senyuman' ke seluruh dunia di mana organisasi ini mempercayai hanya dengan berkongsi senyuman, akan mampu menjadikan sesuatu yang hebat! Di dalam siri kempen ini pula, orang ramai menderma dengan membeli stokin ikonik Ronald McDonald di seluruh restoran McDonald's.

#DemiRMHC - DO GOOD AND SHARE SMILES BECAUSE FUN MAKES GREAT THINGS!

No comments: