Friday, February 19, 2016

PELUANG KEDUA BEKERJA DI LADANG #FELDA


Setiap daripada kita perlu diberi peluang kedua untuk perbaiki kehidupan setelah menginsafi perbuatan mereka dan begitu juga penagih dadah yang telah pulih dan ingin pulang ke pangkuan masyarakat semula, mereka seharusnya diberi peluang kedua terutama di dalam meneruskan kehidupan.

Felda dengan prihatinnya telah sedia memberi peluang kedua kepada bekas penagih dadah untuk bekerja di 20 ladang seluruh negara dan bekerjasama dengan AADK memilih 1,000 pekerja di dalam program "The Oil Palm for Life (Opal). 

Bekas-bekas penagih yang berdaftar dengan AADK juga terdiri daripada mereka yang berdisplin tinggi dan Felda melihat ia sebagai kriteria penting untuk seseorang yang ingin bekerja di ladang.

Program OPAL ini julung kali diperkenalkan oleh kerajaan dan ia bukan sekadar membela nasib bekas-bekas penagih dadah tetapi mampu menyelesaikan masalah kekurangan pekerja di dalam sektor 3D (dirty, difficult and dangerous) di ladang.

Untuk permulaan, seramai 50 pekerja akan bermula di Ladang Felda di Serting Negeri Sembila pada bulan Mac. Selebih daripada 1,000 pula akan diambil secara berperingkat dan setiap kontrak pekerjaan adalah untuk selama dua tahun. Walaupun pada ketika ini Felda mempunyai kekosangan pekerja ladang sebanyak 10,000 yang diperuntukkan kepada pekerja tempatan, namun permulaan 1,000 pekerja dari bekas penagih ini satu permulaan yang realistik.

Pihak Felda akan menyediakan kemudahan asas seperti asrama untuk penginapan dan pihak AADK juga akan membuat pemantauan secara rutin dengan memberi sesi kaunseling yang berterusan serta bimbingan kerohanian dan motivasi. Ini memandangkan apabila mereka di dalam satu kumpulan, adalah lebih mudah untuk dipantau dan dibimbing ke jalan yang lebih berfaedah.

Program Opal telah diselaraskan di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan pertama kali dimulakan oleh NGO yang dikenali sebagai Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap).

Kebanyakan bekas penagih hanya inginkan peluang pekerjaan dan sekiranya mereka masih disisihkan dari masyarakat luar, maka kekecawan ini akan membawa mereka kepada penagihan semula. Diharap usaha Felda yang berani dan prihatin ini akan dijadikan titik permulaan dalam usaha memberi peluang kedua kepada bekas-bekas penagih dadah.

No comments: