Wednesday, March 16, 2016

#MCDONALD'S MALAYSIA DIKAGUMI HINGGA KE PERINGKAT ANTARABANGSA


Restoran pertama McDonald's telah dibuka di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur pada 29 April 1982 dan sejak itu McDonald's Malaysia sentiasa memastikan segala hidangan dan minuman termasuk operasi restoran mementingkan bukan sahaja standard keselamatan dan kebersihan malahan yang paling utama ia adalah halal.

Seperti yang pernah ditulis sebelum ini McDonald's adalah restoran makanan segera antarabangsa yang PERTAMA memperolehi sijil halal dari JAKIM di mana ia bukan sekadar diperolehi untuk hidangan makanan dan minumannya malahan berjaya memperolehinya untuk kesemua rangkaian restorannya di seluruh Malaysia. Untuk makluman selanjutnya boleh dibaca ... DI SINI dan DI SINI

Inilah kejayaan dan kebanggaan McDonald's Malaysia sehingga mampu mendapat keyakinan dan pengiktirafan di mata dunia sehingga kilang proses makanan mentah MacFood Services Sdn Bhd mereka diberi kepercayaan untuk memproses dan membekalkan nuggets ayam kepada seluruh rangkaian restoran McDonald's di negara Arab, negara-negara Teluk dan juga Afrika.

Blog ini telah menulis pengiktirafan status halal dan keyakinan dari Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk atau Gulf Cooperation Council (GCC)... DI SINI dan standard yang sangat ketat yang dikenakan pihak JAKIM untuk memperolehi sijil halal.


Pengiktirafan antarabangsa kepada McDonald's Malaysia terutamanya, tidak terhenti di dalam aspek model dan operasi perniagaannya sahaja malahan pernah diberi anugerah sebagai “Best Companies to Work For in 2013” di peringkat Asia. Ini adalah satu penghormatan kepada warga kerja McDonald's Malaysia yang sentiasa komited di dalam kebajikan dan pembangunan karier kakitangannya.

Kami juga pernah menulis pengakuan yang telah dibuat beberapa kakitangan McDonald's Malaysia dan berkongsi kisah bagaimana mereka telah diberi peluang untuk memajukan diri mereka bersama McDonald's Malaysia. Pengalaman mereka sungguh berharga dan boleh dibaca seterusnya ... DI SINI.

 

McDonald's Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara dunia dan menjadi kelaziman mereka untuk bekerjasama di dalam Sukan Olimpik di dalam program Krew Juara Olimpik McDonald's. Di Sukan Olimpik Beijing 2008 yang lalu, Muhammad Ariff Hadi salah seorang penolong pengurus mereka telah muncul sebagai pemenangan di persaingan tenaga kerja restoran dari seluruh rangkaian restoran McDonald's di dunia dan seterusnya dilantik sebagai duta McDonald's ke Sukan Olimpik.

 

No comments: