Wednesday, April 13, 2016

WEE KA SIONG : 5O SYARIKAT DIJEMPUT KE CHINA DALAM PROGRAM HALAL ANJURAN 'SAME'


Selepas Mesyuarat Halal Sedunia 2016 pada akhir bulan lalu, beberapa perjanjian kerjasama telah ditandatangani di antara SAME (Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs) di bawah bidangkuasa Datuk Wee Ka Siong sebagai menteri yang bertanggungjawab. Di antara lain yang terlibat sama termasuklah HDC dan Bank of China yang menguruskan peluang perniagaan sebanyak USD2.3 trilion untuk usahawan Malaysia tembusi.

Lanjutan daripada perjanjian itu dan sejajar dengan sasaran Rancangan Malaysia ke 11, fokus diberikan kepada industri perniagaan halal global dengan melibatkan di tahap yang maksima di kalangan usahawan kecik dan sederhana.

Dengan ini, Datuk Wee Ka Siong selaku menteri yang bertanggungjawab mengumumkan kejayaan SAME untuk membawa 50 syarikat dari Malaysia ke China dalam satu lawatan selama 10 hari pada bulan Mei nanti yang bermula ke Xian, Mongolia dan Qin Hai. 


Lawatan ini juga adalah usaha untuk memetrai dan mengenalpasti rakan perniagaan di China yang bukan sekadar berminat tetapi memerlukan kepakaran serta pensijilan dalam industri perdagangan halal.

Datuk Wee juga telah diberitahu bahawa negara China sangat berminat untuk menembusi pasaran halal di Timur Tengah serta Indonesia tetapi mereka menghadapi masalah dengan pensijilan halal. 

Dengan kepakaran dan profesionalisma yang diiktiraf dunia terhadap sijil halal yang dikeluarkan JAKIM, ia mampu dijadikan sebagai batu loncatan yang terbaik untuk negara bagi memperluaskan lagi pengiktirafan ini.

Bagi Datuk Wee, negara kita ada kepakaran sijil halal dan negara China mempunyai kelebihan dalam pembuatan dan pengeluaran makanan yang terbesar di dunia, maka ini merupakan satu keputusan kejayaan negara dalam meningkatkan perdagangan ke negara China.

Manakala penglibatan Bank of China (BOC) di dalam kerjasama ini akan memudahkan lagi usahawan PKS tempatan untuk mendapatkan pembiayaan dan dengan cawangan BOC yang mempunyai lebih daripada 10,000 cawangan di seluruh China, rangkaian perniagaan institusi kewangan kita telah sediada. 

Justeru, BOC mampu memudahkan urusan pembiayaan kewangan dan akan meringankan usahawan PKS tempatan ke pasaran China di masa hadapan.

China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar dengan Malaysia sejak 2009 dan kelapan terbesar di peringkat global malahan rakan dagangan terbesar di antara negara-negara Asean. Di antara Januari dan November pada 2015, jumlah perdagangan Malaysia dan China telah meningkat sebanyak 12% bersamaan USD54.38 bilion (RM210 bilion) berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014.
 

No comments: