Saturday, May 21, 2016

ANAK-ANAK YATIM BERSAMA MCDONALD'S MENONTON 'ANGRY BIRDS' DI JB


Ramai tertunggu-tunggu tayangan filem "The Angry Birds Movie" dari semua lapisan umur setelah dipopularkan sebagai permainan di aplikasi talian. Kini, McDonald's Malaysia telah berkesempatan menonton sambil meraikan bersama-sama kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Johor Bahru.


Bersama-sama anak-anak yang menetap di  Asrama Kebajikan Ar-Rayyan, Pertubuhan Penjagaan Anak Yatim/Miskin Villa Paulos dan Rumah Anak Yatim Islam Pontian, mereka telah dibawa menonton di TGV Bukit Indah, Johor Bahru di bawah anjuran onald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia.

Permainan di atas talian popular 'Angry Birds' ini akhirnya telah berjaya diadaptasi sebagai sebuah filem oleh Columbia Pictures dengan perbelanjaan sebanyak USD80 juta.

Selepas menonton, kanak-kanak ini juga telah diraikan dengan hidangan Happy Meals yang tentu ditunggu-tunggu juga mereka. 


Ronald McDonald House Charity (RMHC) juga telah menyampaikan sumbangan kepada ketiga-tiga rumah kebajikan ini dan ia adalah objektif utamanya sambil berhibur dan menderma.




Sejak 25 tahun yang lalu, RMHC telah menganjurkan program-program yang memberi faedah kepada kebajikan kanak-kanak di mana semua kos pengurusan akan ditanggung McDonald's Malaysia. RMHC menyalurkan kesemua dana yang dipungut dari tabung derma RMHC di rangkaian-rangkaian restoran McDonald's di seluruh Malaysia.

Kesemua sumbangan yang diterima daripada anda akan mampu membantu kanak-kanak Malaysia yang sememang memerlukan dan serba sedikit dapat membantu mereka dalam membuat perubahan dalam kehidupan.

No comments: