Monday, May 09, 2016

#MCDONALD'S : APABILA QUARTER POUNDER PULA DIKATAKAN TIDAK HALAL

McDonald's sekali lagi dijadikan topik dan sekali gus target sebaran teknologi komunikasi. Dikatakan, screenshot berikut telah tersebar melalui WhatsApp oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan ada pula yang akan menyebarnya ke media sosial lain terutama di Facebook mahupun di Twitter;

... atau


Apa yang perlu kita ketahui?

McDonald's Malaysia telah pun membuat penjelasan rasmi di website mereka ... DI SINI, dan sekarang apa pula tindakan yang perlu kita lakukan?
1. Apakah kita akan terus mempercayai sebaran mesej seperti di atas walaupun tidak mengetahui identiti sebenar yang bernama Madam Zalina OS or UiTM Madam Dr Zalina?

2. Kenyataan dari penyebar cerita ini terdapat beberapa perkara (seperti di kotak merah) yang boleh dipersoalkan dan diragui. Tanyalah diri kita, apakah kita pernah dibenarkan memasuki ruang dapur McDonald's untuk mendapatkan sesuatu kepastian? Jika pun kita ingin bersangka baik, apakah dengan hanya menerima maklumat dari kakitangan McDonald's (jika benar), maka kita akan terus mempercayainya?

3. Tuduhan yang mengatakan pihak JAKIM telah mengharamkan burger Quarter Pounder adalah tidak berasas sama sekali kerana jika pihak JAKIM ingin bertindak, pasti akan ada surat rasmi mahupun pengumuman rasmi dari mereka yang diberi tanggungjawab dalam hal ehwal pensijilan Halal.

4. Jika benar terdapat keraguan, mengapa individu di atas tidak terus membuat aduan rasmi kepada pihak JAKIM tetapi memilih untuk menyebarkannya melalui WhatsApp pula?

5. Seperti biasa tanya diri kita, apakah kita lebih yakin untuk mempercayai sebaran WhatsApp yang tidak pasti penghantar dan niatnya atau kita akan memilih untuk menerima kenyataan rasmi dari pihak McDonald's dan juga JAKIM?

Jika masih ada yang tidak yakin, beberapa artikel yang menyentuh pensijilan Halal dari pihak JAKIM kepada McDonald's Malaysia boleh dibaca seperti
berikut;

Kami juga telah berkongsi maklumat lawatan beberapa bloggers ke kilang yang mengeluarkan bahan mentah untuk McDonald's di mana jika anda membacanya, kita akan mengetahui proses penyediaan bahan mentah dari proses penternakan, penyembelihan dan seterusnya penyediaan. Setiap proses akan diberi keutaaman dan kawalan ketat ke atas kebersihan, keselamatan dan juga kesegaran produk termasuk mematuhi syarat halal yang dikenakan JAKIM.

Diharap, kepada pembaca yang ada menerima mesej WhatsApp ataupun terbaca di mana-mana posting di Facebook mahupun Twitter seperti di atas, sama-samalah kita menasihatkan mereka yang menghantar atau menyebar maklumat ini agar lebih bertanggungjawab dan gunakan saluran rasmi untuk membuat aduan agar tindakan akan lebih berkesan.

Justeru, kita seharusnya sentiasa mendidik diri kita untuk lebih mempercayai kenyataan rasmi dari pihak berkuasa seperti JAKIM untuk menentukan halal atau haram sesuatu produk itu. Setakat ini, McDonald's telah melaksanakan segala arahan yang dikeluarkan JAKIM bagi setiap restoran merekamahupun setiap produk makanan dan minuman.
Oleh itu, janganlah kita ragui kesucian produk McDonald's yang pasti halal dan sedap... I'm lovin it!

ARTIKEL MENGENAI MAKLUMAT MENGENAI SIJIL HALAL MCDONALD'S MALAYSIA...

STATUS HALAL MCDONALD'S DIRAGUI?

RAHSIA HIDANGAN MCDONALD'S SENTIASA LAZAT DAN DIGEMARI 

APAKAH HIDANGAN MCDONALD'S TIDAK LAGI DIRAGUI? 

BLOGGERS MENDEKATI KILANG PROSES MAKANAN #MCDONALD'S. UNTUK APA? 

BLOGGERS MELAWAT KILANG MACFOOD ... BETULKE? 

KE KILANG PROSES AYAM MENTAH, PEMBEKAL UTAMA #MCDONALD'S MALAYSIA 

#MCDONALD'S - DENGAN KALIMAH ALLAH, AYAM DISEMBELIH 

1 comment:

Anonymous said...

What to do. MALAYS are easily influenced without CHECKING the FACTS.
MALAYSIA BOLEH????