Wednesday, August 03, 2016

MCA : DAP TIDAK AKAN LAGI MAMPU BERDIRI TETAPI TELAH PUN TERTIARAP


Apabila Guan Eng tiba-tiba umumkan yang pilihanraya negeri yang dirancangkan beliau untuk diadakan dengan lebih awal telah dibatalkan, rakyat Malaysia tertanya-tanya di manakah pendirian tegas beliau yang kononnya lebih sanggup mati berdiri daripada hidup melutut kerana didakwa SPRM bersabit rasuah.

Bagi MCA, nampaknya kedudukan DAP kini bukan lagi sedang berdiri tegak mahupun sedang duduk tetapi berkemungkinan telah terbaring mahupun sedang mencangkung. Pembatalan pilihanraya awal Pulau Pinang yang disorak-sorakkan DAP jelas menunjukkan mereka bukan lagi parti yang berprinsip malahan telah menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab.

Di dalam cubaan Guan Eng untuk menggambarkan seolah-olah dirinya telah dijadikan mangsa serangan politik lawan sejurus setelah didakwa di mahkamah, seterusnya mengumumkan konon untuk menguji kesetiaan rakyat Pulau Pinang terhadap beliau untuk mengadakan pilihanraya negeri lebih awal, kemudian mengambil keputusan membatalkannya.

DAP dengan mudahnya menuding jari ke arah PKR dan meletakkan kesalahan kepada rakan mereka.

Pembatalan pilihanraya negeri Pulau Pinang ini sebenarnya menunjukkan yang kedudukan DAP sedang goyang. Tetapi MCA telah mengetahui taktik lapok DAP lebih awal. Mereka menjangkakan yang Guan Eng akan menggunakan alasan dengan meletakkan kesalahan kepada PKR untuk menagih simpati hanya semata-mata menutup kesilapan sendiri.

Sebagai parti politik yang mewakili bangsa Cina dan merupakan musuh tradisi politik DAP sejak pilihanraya pertama lagi, MCA mendedahkan tipu muslihat DAP yang cuba memperdaya rakyat untuk mengadakan pilihanraya awal Pulau Pinang. Di antaranya;

'Double Standard' - Sekiranya pemimpin BN tertuduh ataupun DAP menang dalam tuntutan mahkamah, mereka akan mengatakan sistem kehakiman negara adalah adil dan saksama. Tetapi apabila Guan Eng didakwa di mahkamah, DAP pula kata itu satu penganiayaan politik terhadap pemimpinnya sehingga sanggup mengguna wang rakyat serta menyusahkan rakyat untuk membersihkan nama setiausaha agong mereka.

Menagih simpati rakyat - Pendakwaan rasuah terhadap Guan Eng adalah kesalahan peribadi tetapi dijadikan DAP sebagai isu nasional dan masalah bersama dengan rakan-rakan Pakatan Harapan mereka. Ia semata-mata untuk menagih simpati dan mengheret semua orang kedalam kesalahannya. Perlu kita persoalkan, apakah rakyat juga boleh mendapatkan sebuah banglo dengan separuh harga pasaran sebagaimana Guan Eng dapat? Mengapa Guan Eng tidak mahu berkongsi keistimewaan ini dengan rakyat yang lain?

Kepentingan diri - DAP sanggup mensabitkan pelbagai isu lain bagi menjustifikasi keperluan mengadakan pilihanraya awal Pulau Pinang dan termasuklah kempen menyelamatkan Anwar Ibrahim, ekonomi yang tidak menentu, rasuah dan juga salah guna kuasa. Tujuan mereka satu, rakyat Pulau Pinang perlu diheret untuk bersuara lantang menyokong hasrat mereka. Tetapi apabila impian DAP untuk mengadakan pilihanraya awal ini dibatalkan, ia telah bertukar menjadi bahan lawak negara dan tidak terkecuali siaran langsung yang dibuat Tony Pua di laman facebooknya.

Inilah taktik-taktik kotor DAP yang sering digunakan dan telah didedahkan Dato' Chai Kim Sen, Pengerusi Biro Publisiti MCA. Muslihat DAP ini akan berterusan untuk menipu pengundi-pengundi dan rakyat Malaysia demi menutup kegagalan dan kesilapan mereka sendiri.

Jika tidak percaya, lihat saja 'track record' DAP apabila setiap kesilapan dan kesalahan yang mereka lakukan, inilah SOP (Standard Operating Procedure) mereka.

No comments: