Wednesday, November 16, 2016

DATUK LIOW : DAP GEMAR BERPERANGAI SEPERTI LAMPIN PAKAI DAN BUANG


Amalan kepentingan politik DAP ternyata gemar mengguna orang lain dan sekiranya tidak memenuhi kehendak mereka lagi, mereka akan disingkirkan sama seperti mengguna lampin yang setelah diguna, segala najis dan kekotoran melekat, ia terus dicampakkan jauh malahan ia perlu dihapuskan. Itulah perangai dan amalan DAP dari dahulu sehingga sekarang.

Suatu ketika DAP menyanjung tinggi PAS sebelum parti Islam ini dicampak dari pakatan pembangkang dan kini setelah dikuburkan Pakatan Rakyat, mereka beralih kepada Parti Amanah Negara yang terdiri daripada serpihan pemimpin-pemimpin PAS yang kecewa kerana kalah didalam pemilihan parti PAS.

Kini DAP telah menjalin hubungan dengan parti serpihan UMNO pula, yang diterajui Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin. Dr Mahathir telah keluar dari UMNO untuk kali ketiganya manakala Muhyiddin telah dibatalkan keahlian UMNOnya kerana melanggar displin parti. Drama kerjasama DAP dengan PPBM, kononnya adalah untuk meniru kerjasama parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional.

Namun ia bakal tinggal sebagai sebuah drama memandangkan parti-parti pembangkang ini tidak pernah ada persamaan melainkan hasrat untuk merampas kuasa dari parti pemerintah BN. Kebersamaan mereka hanya sekadar untuk mengguna satu sama lain untuk kepentingan agenda politik masing-masing. Tidak pernah wujud keikhlasan dan persefahaman jitu di antara mereka. Ia hanyalah seperti satu 'mission impossible' untuk ketepikan perbezaan masing-masing untuk mewujudkan satu blueprint bersama, apatah lagi untuk bersama-sama bermimpi mentadbir negara.

Mengamalkan sikap 'guna dan buang' ini, parti Dr Mahathir juga bakal menerima nasib sepertimana yang telah DAP lakukan terhadap PAS tetapi bukan kerana prinsip yang berbeza tetapi PPBM dilihat gagal berfungsi dan kurang berkesan.

Survival sesebuah parti politik bergantung kepada sokongan rakyat. Pada pilihanraya ke13 lalu, 85% sokongan pengundi cina telah beralih kepada DAP dan termasuklah pakatan pembangkang yang hanya memberikan 7 kerusi parlimen dan 12 kerusi DUN kepada MCA untuk perjuangkan hak bangsa cina. Apakah ia berkesan kepada bangsa cina dengan sokongan yang sangat tipis ini?

Malah, dengan sokongan bangsa cina yang 85% kepada DAP yang memberi mereka 38 kerusi parlimen dan 95 kerusi DUN, DAP gagal bersuara untuk isu pendidikan cina dan tidak pernah serius dalam menangani hak rakyat cina. DAP akan letak segala kesalahan kepada MCA. Malahan kini DAP mengaku yang mereka tidak boleh tumpu hanya untuk bangsa cina kerana parti mereka sekarang adalah untuk pelbagai kaum. Di mana logiknya, apabila DAP terlalu bergantung kepada undi bangsa cina tetapi tidak ingin berkhidmat untuk bangsa yang telah beri kemenangan kepada mereka?

Lihat saja apa yang telah dilakukan pembangkang di negeri-negeri tawanan mereka di Pulau Pinang dan Selangor.

Di Pulau Pinang, kerakusan dan kegagalan DAP menjaga ecosistem negeri sehingga menyebabkan banjir kilat tanpa henti-henti akibat daripada kegagalan pengurusan tanah runtuh, manakala di Selangor yang sibuk berebut jawatan Menteri Besar dengan drama 'Kajang Move' mereka tetapi telah gagal membela nasib rakyatnya sehingga krisis air sering berulang-ulang tetapi menyelesaikannya dengan cerita-cerita sensasi politik saja.

DAP dan rakan-rakan sepakatannya ternyata lebih pandai bercakap daripada bijak mengurustadbir negeri. Akhirnya, rakyat yang memberi undi kepada mereka yang menanggung segala penderitaan. Apakah bangsa cina juga ingin dijadikan politik lampin pakai dan buang DAP nanti?

No comments: