Monday, February 27, 2017

APA PUN RINTANGAN, SPAD YAKIN PROJEK KVDT SIAP IKUT JADUAL

Sebagai pengawal selia, perancang dan penguatkuasa bagi sistem pengangkutan awam darat di Semenanjung Malaysia, projek KVDT yang dilaksanakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini yakini akan siap sepenuhnya mengikut jadual seperti yang dijangka pada 2019. Mengikut Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, setakat ini projek telah berjalan lancar ke tahap 28%.

Projek KVDT yang merangkumi kerja membaik pulih landasan sejauh 42km dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu. Ia juga membabitkan menaik taraf 16 stesen di sepanjang laluan yang meliputi sistem isyarat, sistem elektrik serta pemasangan sistem radio metra. 

Kerja menaik taraf ini dilihat sangat perlu dilaksanakan oleh KTMB memandangkan kesemua perkhidmatan rel perlu bergerak dengan lancar dan segala masalah seperti kegelinciran mahupun kelewatan atau pembatalan perkhidmatan pada masa hadapan akan dapat dielakkan.

Namun, walaupun segala perancangan telah disusun rapi dengan pemantauan ketat dari pihak SPAD, faktor cuaca dan teknikal adalah di antara rintangan yang pasti dihadapi. Walaubagaimanapun, Encik Azharuddin yakin rintangan ini telah dijangkakan dan segala langkah telah diatur agar projek ini dapat disiapkan mengikut jadual pada 2019 nanti.

Rintangan yang dijangkakan ini akan berjaya diatasi dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak kontraktor yang bertanggungjawab, Dayamaju Infrastructure Asia Sdn Bhd (DMIA).

Ketika ini kira-kira 100 ribu penumpang menggunakan perkhidmatan rel setiap hari, namum pihak SPAD mensasarkan peningkatan lima peratus setiap tahun dan apabila projek ini siap sepenuhnya, peningkatan penumpang dijangka akan meningkat berkemungkinan berganda lagi. Ini adalah berdasarkan peningkatan kekerapan perkhidmatan dan ketika ini pun waktu puncak adalah setiap 15 minit.

Hanya di waktu bukan puncak saja yang bakal terjejas sedikit ketika projek ini sedang dilaksanakan. En Azharuddin memohon agar pihak penumpang akan dapat bertoleransi dan bersabar sedikit dan menjelang 2019, semuanya bukan sekadar berjalan seperti biasa malahan penumpang akan mengalami satu perubahan perkhidmatan yang lebih lancar dan jauh lebih baik.
 

No comments: