Tuesday, February 14, 2017

MCA : AHLI-AHLI SENIOR DAP MELAKA KELUAR PARTI, GUAN ENG PUNCA UTAMA


Bila diberi peringatan rakyat supaya jaga rumahtangga sendiri dahulu, DAP dengan bongkak terus mengintai dan menyelak hal ehwal parti lawannya terutama UMNO dan MCA. Dengan peletakan jawatan secara rasmi 4 pemimpin DAP Melaka adalah apa yang sering diguna dalam pepatah Melayu sebagai "bangkai gajah di hadapan mata tidak nampak tapi hati nyamuk di seberang laut pula yang kelihatan".

Dengan kedegilan Guan Eng untuk terus kekal menduduki sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang setelah didakwa SPRM kerana rasuah dan salah guna kuasa, inilah penyebab utama yang diberi keempat-empat pemimpin DAP Melaka yang jelas menyatakan yang mereka telah hilang keyakinan kepada Guan Eng selaku Setiausaha Agong mereka.

Mereka yang telah meletak jawatan dan seterusnya mengumumkan untuk keluar dari DAP adalah Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, ADUN Bachang Lim Jak Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Duyong Goh Leong San dan Kesidang Chin Choong Seong.

Malahan Datuk Wee Ka Siong telah mendedahkan yang tindakan keluar parti keempat-empat ahli senior DAP Melaka ini merupakan pergolakan dalaman parti sejak lebih dari 10 tahun yang lalu. Ia telah menjadi kemuncak apabila Guan Eng dan isterinya Betty Chew telah kalah di dalam pemilihan parti DAP Melaka pada tahun 2005.

Kekecewaan keempat-empat ahli DAP Melaka ini tidak lagi dapat diselamatkan lagi dan alasan utama mereka kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Guan Eng, kini adalah satu tamparan hebat bukan saja kepada Ketua Menteri Pulau Pinang ini malahan kepada bapanya juga, Kit Siang.

Kita sedia maklum, Kit Siang yang kini telah bersahabat dengan musuh lamanya Dr Mahathir telah menjadi kegusaran dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli di akar umbi. Malahan, kepimpinan Guan Eng juga dilihat telah berkrompomi dengan apa yang mereka sering menuduh BN lakukan  di mana segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan juga penyelewengan telah dibenarkan berlaku tanpa sedikit rasa bersalah pun.

Pemimpin dan ahli-ahli akar umbi DAP juga telah menyaksikan kemelesetan prestasi kepimpinan Guan Eng apabila di pilihanraya negeri Sarawak, DAP telah mengalami kekalahan teruk, manakala di PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pula, DAP juga gagal meningkat mahupun mengekalkan undibangsa Cina malahan jelas ramai pengundi Cina telah beralih arah kepada BN.

Oleh itu, dengan pengesahan kegagalan kepimpinan Guan Eng dan bapanya, kaum Cina perlu menyemak semula dan kembali memberikan sokongan kepadaMCA/BN di mana bukan saja kini MCA lebih dinamik dan telus dalam perjuangan mereka malahan telah mendapat kepercayaan kerajaan dan juga negaraberkuasa besar dunia menerajui ekonomi  dua hala. Di antara yang telah meyakini MCA termasuklah ahli-ahli ASEAN dan juga Republik China.

No comments: