Sunday, February 05, 2017

MCA: PEMBANGKANG CUBA MALUKAN PM NAJIB DENGAN TARIAN SINGA


Pemimpin dan penyokong pembangkang seharusnya tahu untuk menghormati perayaan setiap kaum di negara ini dan bukan berpolitik sepanjang masa. MCA kesal dengan sikap mereka tatkala sambut hari kebesaran bangsa Tionghua, ada pula dari pihak penyokong pembangkang yang sengaja mengada-adakan cerita kononnya ketika PM Najib menyambut majlis Tahun Baru Cina parti Gerakan, singa yang menari telah menunjukkan protes kerana enggan menari di hadapan beliau.

Setelah mendapat pengesahan dari pihak parti Gerakan, ia tidak benar kerana penari yang sedang menundukkan kepala singa tersebut sedang mengupas buah limau istimewa untuk diberikan kepada tetamu khas iaitu PM Najih dan ini juga adalah tradisi yang diamalkan sebagai simbol muhibbah.

Sedangkan di laman Facebook PM Najib juga jelas menunjukkan penari tarian singa tersebut sedang menghulurkan limau yang telah dikopek bagi menunjukkan tanda hormat dan selamat datang kepada PM Najib sebagai tetamu khas parti Gerakan.


Malangnya, insiden ini telah sengaja dieksploitasikan dan diputarbelitkan oleh seorang blogger pro-Mahathir yang berniat jahat di mana beliau telah menuduh sebagai petanda buruk untuk PM Najib. MCA di dalam kenyataannya, menegaskan yang parti-parti komponen BN bukan seperti pakatan pembangkang yang tidak tahu menghormati hari perayaan pelbagai bangsa di negara ini.

MCA menasihatkan pihak pembangkang agar perlu ada ketikanya kita tidak berpolitik terutamanya semasa perayaan kebudayaan ataupun ugama kerana kesemua perayaan ini bertujuan untuk meraikan kegembiraan dan kesyukuran, kesihatan yang baik serta kemewahan, dan yang pasti menjauhi dari sebarang malapetaka serta musibah.

Inilah perangai buruk pihak pembangkang yang tidak pernah kenal erti hormat dan memilih untuk sentiasa mencari kesalahan orang lain. Walaupun setelah diperjelaskan, namun blogger pembangkang ini tidak memohon maaf dan seperti yang dikatakan MCA, pembangkang sememangnya tidak sensitif dengan sebarang perayaan dan begitu juga perasaan bangsa Cina di tanahair ini.
 

No comments: