Friday, March 24, 2017

6 ANAK MUDA MENDEKATI #SPAD DALAM PROGRAM "YOUNG LPT ENTHUSIASTS"


Saban tahun di dalam bajet negara, anak muda tidak pernah tidak diberi perhatian oleh PM Najib, malahan pelbagai potongan diskaun diberi kepada mereka yang mengguna pengangkutan awam darat. Ini memandangkan golongan muda adalah pengguna paling ramai samada di bandar dan juga di kawasan pinggiran bandar.

Berdasarkan kepada senario ini, maka di dalam mendekati mereka maka pihak SPAD telah mengambil satu lagi langkah ke hadapan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman dalam pengangkutan awam melalui program interaksi, "Young LPT Enthusiasts".

Seramai 6 remaja telah terpilih di dalam sesi pertama mereka yang terdiri daripada yang berumur 16 hingga 20 tahun dan mereka adalah;

1. @ashraff junior, berumur 20 tahun dari Kuala Lumpur
2. Budak Bas JB berumur 17 tahun dari Skudai Johor
3. @razim, berumur 22 tahun daripada Kulim, Kedah
4. @amirur rashid zaid, berumur 17 tahun daripada Pontian Johor
5. @ho yee tat adison berumur 17 tahun daripada Kelana Jaya, Selangor
6. @aliff mohd rafik, berumur 16 tahun daripada Kuala Lumpur

Sesi selama 3 hari ini bermula dengan taklimat penerangan di ibu pejabat SPAD dan di sinilah mereka dapat bertemu dengan YBhg Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD. Mereka diberi penerangan mengenai inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan SPAD termasuk juga mengetahui apa sebenar fungsi SPAD di dalam merealisasikan pengangkutan awam darat nasional.


Seterusnya mereka telah dibawa ke Terminal Bersepadu Selatan bagi penerangan mengenai operasi bas.


Kemudian mereka telah melawat Bas Academy RapidKL di Cheras Selatan, di mana mereka diberi peluang untuk mencuba simulator bas yang digunakan untuk melatih pemandu bas RapidKL.


Kunjungan ke depoh MRT untuk mendapat penerangan operasinya.


Keenam-enam remaja yang terpilih ini bukan saja bertuah malah telah mendapat pelbagai pendedahan 'first hand' dari SPAD. Engagement positif seperti ini dialu-alukan untuk berterusan agar mampu dimanfaatkan rakyat jelata dan persepsi positif usaha SPAD juga mampu dipertahankan sepertimana ia seharusnya.

No comments: