Friday, March 10, 2017

SYABAS SPAD, SEKALI LAGI MENDAPAT PUJIAN PM NAJIB RAZAK

Tindakan pantas SPAD ke atas teguran PM Najib Razak mengenai aduan rakyat ke atas sistem tiket dalam talian ETS bukan saja mendapat pujian dari PM Najib Razak malahan ia telah mampu mengurangkan keresahan penumpang-penumpangnya.

Sebelum ini, di dalam laman Facebooknya PM Najib telah menegur dan mengarahkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk segera mencari jalan penyelesaian terhadap Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan sistem pembelian tiket secara dalam talian. Yang pasti, aduan yang mendapat perhatian Perdana Menteri adalah sesuatu yang telah berlaku agak lama sehingga Perdana Menteri sendiri terpaksa mengeluarkan arahannya.



Pihak SPAD pula diarahkan untuk memantau dan memberi laporan kepadanya. Arahan PM ini telah mendapat respon segera dari Pengerusi SPAD;


 
Selang beberapa hari saja, PM telah menerima laporan dari SPAD berserta langkah-langkah penyelesaiannya. Di antaranya adalah meningkatkan kapasiti kemudahan akses internet khas yang lebih cekap bagi kegunaan pelanggan untuk e-tiket yang akan dilaksanakan sebelum 9 Mac 2017.

Laman sesawang portal e-tiket akan direka semula menjadikan ia laman utama atau landing page, termasuk membangunkan semula portal e-tiket KTMB menjadi lebih mesra pengguna dan berorientasikan jualan.

Malahan, mekanisme pemulangan bayaran bagi transaksi yang gagal kepada pelanggan juga ditambah baik dengan kerjasama pihak bank, termasuk notifikasi kepada pelanggan melalui e-mel dan SMS. Usaha ini akan dilaksanakan sebelum 21 Mac 2017.

Pihak SPAD juga melaporkan yang pihak KTMB akan menambah bilangan kakitangan khidmat pelanggan terlatih serta merta untuk meningkatkan mutu khidmat pelanggan mereka.

Walaubagaimanapun, pihak SPAD akan sentiasa memantau setiap cadangan yang telah dilaporkan kepada PM agar perubahan dan penambahbaikannya dapat dilaksanakan segera sehingga tercapainya objektif untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.

Syabas kepada pihak SPAD yang segera dan sentiasa responsif kepada bukan saja aduan rakyat malahan teguran dan arahan kepimpinan tertinggi.


No comments: