Friday, July 07, 2017

PEMANDU TEKSI SENDIRI DAH TERBAU NIAT 'TOUCH N GO' RAFIZI


Jangan lupa yang Rafizi sendiri pernah mengaku bahawa politiknya adalah politik menghasut dan dalam track rekodnya, apabila sesuatu isu digunakan beliau dan mampu ditelah dan dibuktikan yang beliau bersalah, maka pilihan yang seterusnya adalah mendiamkan dan beralih kepada isu lain umpama kata-kata anak muda, Rafizi ini ibarat 'Touch n Go'.

Baru-baru ini Rafizi telah cuba untuk sekali lagi menghasut pemandu-pemandu teksi di dalam Kongres Himpunan Warga Teksi Malaysia yang dianjurkan oleh PERJIWA dan dihadiri oleh hanya lebih kurang 300 pemandu teksi dari seluruh Malaysia berbanding lebih dari 80,000 pemandu teksi yang ada di Malaysia.

Ini bukan pertama kali Rafizi cuba mendekati pemandu-pemandu teksi untuk kepentingan politik kotornya. Malahan blog ini telah menjejaki hasutan Rafizi sejak 2013 apabila beliau menjadikan Exora sebagai bahan cemuhan untuk pemandu teksi. Inisiatif kerajaan untuk meningkatkan imej dan prestasi perkhidmatan teksi dengan menawarkan Proton Exora yang mempunyai ciri-ciri standard antarabangsa dikatakan memaksa pemandu-pemandu teksi dan membebankan mereka.

Ketika perkhidmatan teksi di Malaysia telah diletakkan sebagai perkhidmatan terburuk di dunia, di mana Rafizi dan apa cadangan pembangkang untuk memulihkan persepsi buruk ini?

Seterusnya, Rafizi sekali lagi cuba membuka mulut menghasut rakyat kerana pihak SPAD telah mencadangkan kepada kerajaan untuk kenaikan tambang pada 2014... DI SINI. Tuduhan semberono dan berniat jahat Rafizi telah dijawab tepat dan bernas oleh mantan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar;

"Bagi pihak SPAD, semakan kenaikan tambang ini akan mengambil kira dua perkara iaitu kemampuan rakyat dan kemampanan industri. Di dalam kajian SPAD akan mengambilkira seandainya tambang terlalu tinggi akan menyebabkan pengguna tidak akan mengguna perkhidmatan pengangkutan awam dan seterusnya sekiranya tambang terlalu rendah, industri pengangkutan tidak akan mampu bertahan dan mereka akan terus bergantung kepada kerajaan."

Apabila gagal menghasut kerana rakyat faham yang industri pengangkutan awam perlu diteruskan kerana melibatkan puluhan ribu nasib rakyat, maka sekali lagi Rafizi terdiam dan seperti biasa juga beliau akan 'Touch and Go'.

Adalah amat malang bagi PERJIWA jika mereka akan terus-terusan bergantung harapan kepada YB 'Touch and Go' seperti Rafizi ini. Sekarang bukan rakyat biasa mahupun penggiat politik yang telah kesan dan mengetahui tujuan jahat Rafizi, ulasan ini datangnya dari salah seorang pemandu teksi sendiri;



Segala yang dibangkitkan Rafizi terutamanya nasib pemandu teksi yang terbelenggu dengan sistem pajak telah pun awal-awal lagi diambil tindakan dan ini buktinya ... DI SINI dan DI SINI. Apa perlu Rafizi ulang apa yang telah pun SPAD lakukan jika bukan hanya untuk sedap mulutnya menghasut?

Walaubagaimanapun, PERJIWA bebas untuk memilih siapa saja untuk mereka mengadu masalah namun apakah YB 'Touch and Go' ini tidak akan mengulangi sikap semulajadinya?

No comments: