Thursday, August 31, 2017

DATUK LIOW : JANGAN BERPUTUS-ASA, YAKINI "MALAYSIA NEGARAKU. SEHATI SEJIWA"


Apa yang boleh dikatakan setelah melihat klip cerita pendek bertajuk 'Citizen' yang dibintangi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, bolehlah dikatakan ia satu pendekatan berani beliau di ketika pengundi Cina kini masih lagi berada di persimpangan untuk meyakini MCA atau DAP. Filem pendek yang berdurasi selama hampir 6 minit ini telah diterbitkan oleh Pete Teo, seorang penerbit filem terkemuka di negara kita.

Bagi Pete Teo, mesej yang ingin disampaikan dalam filem pendek ini adalah untuk menyatakan realiti keikhlasan komitmen DS Liow untuk meneruskan perjuangannya tanpa ada sedikit pun rasa putus asa sebagai seorang Presiden parti dan Menteri kepada nasib dan masa depan bangsa Cina.

DS Liow yang memegang dua watak sebagai seorang menteri dari parti MCA dan seorang rakyat bangsa Cina yang penuh dengan kerisauan tentang masa depan generasinya. Tetapi jika diteliti dengan senario politik hari ini, apabila DAP telah terus-terusan meracuni pemikiran masyarakat Cina dengan menyemai api kebencian sehingga mereka sentiasa berasa curiga dan hilang keyakinan diri untuk bersama-sama dengan bangsa lain.

Hakikatnya, tanpa MCA masyarakat Cina akan tersasar lebih jauh dan akan lebih terpinggir dari kemajuan yang sedang dinikmati semua rakyat Malaysia. Ini adalah kerana MCA menjadi suara perantaraan mereka di dalam kerajaan. Hakikatnya juga, DAP tidak akan mampu membela nasib masyarakat Cina yang tidak pernah berjaya merebut kerajaan persekutuan dari Barisan Nasional.

Jika ada di antara masyarakat Cina yang masih terpengaruh dengan dakyah DAP yang hanya bersandarkan kebencian, ia sebenarnya bukan satu kemenangan kepada mereka malahan satu kerugian besar apabila negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum terutamanya yang datangnya dari kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak dan bangsa-bangsa yang lain akan mengisi kekosongan mereka untuk merebut setiap peluang yang disediakan kerajaan.

Sebenarnya tiada lagi istilah masyarakat Cina dipinggirkan di zaman ini sejak DS Najib Razak menerajui kepimpinan negara dan DS Liow adalah Presiden MCA bersama-sama DS Wee Ka Siong sebagai Timbalannya. Dengan transofrmasi politik MCA yang bertemakan 'Stronger Together', seharusnya masyarakat Cina bergabung tenaga dengan masyarakat lain dan meninggalkan segala pengaruh negatif yang dibawa DAP.

Sebagaimana yang diulas pegarah filem pendek ini Pete Teo, mesej utama yang ingin dibawa adalah pentingnya agar masyarakat Cina tidak berputus-asa dan perlunya sentiasa bersatu ketika menghadapi cabaran. Tetapi ramai yang mengkritik cerita pendek berdasarkan emosi politik mereka apabila filem ini hanyalah dilakonkan oleh seorang ahli politik dari MCA.

Namun, keberanian DS Liow membawa dua watak yang berbeza ini seharusnya mendapat pujian apabila beliau berjaya menyampaikan mesej seorang pemimpin yang tidak akan berputus-asa berjuang untuk rakyatnya walaupun telah disalahertikan kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan pada masa yang sama, beliau juga membawa watak seorang rakyat biasa yang sentiasa merasakan dipinggir dan akhirnya sedar dengan meyakini Malaysia tetap Negaraku dan hanya dengan sehati sejiwa bersama-sama semua masyarakat dari pelbagai kaum, maka kita akan hidup aman damai dan mampu berjaya berhadapan dengan apa jua rintangan.

Filem ini juga bertepatan dengan perayaan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60, Malaysia Negaraku - Sehati Sejiwa.

No comments: