Saturday, December 23, 2017

PENGUMUMAN SPAD : PENEMPATAN SEMULA HAB MEDAN PASAR


Bagi melancarkan aliran trafik di pusat bandar, terkini, pihak SPAD telah membuat penempatan semula Hentian Akhir Bandar (HAB) di Medan Pasar dan dikategorikan semula sebagai sebuah hentian bas. Ini bermakna di kawasan Medan Pasar, bas tidak dibenarkan lagi untuk menunggu atau meletakkan kenderaan mereka tetapi kebenaran hanya diberikan untuk mengambil dan menurunkan penumpang sahaja.

Pengumuman ini berkuat kuasa bermula pada Sabtu 23 Disember, 2017.

Keadaan aliran trafik di kawasan Medan Pasar yang berdekatan HSBC sememangnya dari dahulu telah mengalami kesesakan lalu lintas terutam sekali di waktu puncak dan di dalam pemerhatian pihak SPAD, bas-bas yang berhenti telah menyebabkan kesesakan lalulintas ini tidak dapat dikawal dan sukar untuk diatasi.

Malahan, salah satu cadangan SPAD, HAB Lebuh Pudu telah menyediakan kemudahan dan tempat berteduh yang lebih baik bagi keselesaan pengguna.

Sebanyak 50 buah bas akan terlibat yang kini dikendalikan oleh syarikat Selangor Omnibus Co Bhd dan Setara Jaya Sdn Bhd. Dan laluan yang terlibat adalah seperti berikut;

Bagi Selangor Omnibus -






 

Bagi Setara Jaya -


 
Bas -bas tersebut akan menamatkan perjalanan di HAB Lebuh Pudu di hadapan Emporium Mydin Sinar Kota, yang terletak 350 meter daripada HAB Medan Pasar. 

Manakala maklumat bagi penumpang telah dipamerkan di dalam bas-bas terlibat serta di HAB Medan Pasar dan Lebuh Pudu sejak minggu lepas.

Walaubagaimanapun, kakitangan dari Selangor Omnibus, Setara Jaya dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sendiri akan ditugaskan bermula  hari Sabtu 23 Disember 2017 ini di hentian Medan Pasar bagi memantau proses peralihan dan mempermudahkan penumpang.

Sebagaimana perancangan SPAD untuk melancarkan lagi aliran trafik di bandaraya Kuala Lumpur, akan terdapat tiga HAB di dalam Kuala Lumpur.

HAB Munshi Abdullah bagi koridor Ampang, HAB Pasar Seni bagi koridor Lebuhraya Persekutuan & Jalan Klang Lama dan HAB Lebuh Pudu, yang mana akan merangkumi bas-bas yang menjalankan perkhidmatan bagi koridor laluan Cheras, Sungai Besi, Jalan Ipoh dan Jalan Pahang. HAB Lebuh Pudu juga digunakan oleh bas-bas Nadi Putra, Seri Indah dan RapidKL.
 
Para pengguna boleh juga menghubungi hotline SPAD di 1-800-88-7723 (SPAD) atau melalui facebook.com/SPAD.my atau Twitter di @SPADchannel atau melalui laman sesawang SPAD www.spad.gov.my, selain daripada menghubungi Selangor Omnibus di talian 03-6258 1579 atau Setara Jaya di talian 03-4021 7692. 

No comments: