Tuesday, December 12, 2017

SISTEM E-HAILING TERNYATA MAMPU TINGKATKAN PENDAPATAN PEMANDU TEKSI SEHINGGA BERGANDA


Apabila membaca laporan akhbar ke atas maklumbalas pemandu-pemandu teksi yang telah mengguna sistem e-hailing yang telah diperkenalkan kerajaan setelah mereka dianugerahkan lesen individu oleh pihak SPAD, ia bukan saja satu pendekatan bijak kerajaan tetapi lebih penting, pemandu-pemandu teksi yang telah sekian lama cuba perbaiki pendapatan mereka kini telah berhasil.

Akhbar NST telah menemuramah beberapa pemandu teksi di Lembah Klang dan Johor yang telah berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing. Di antaranya telah mampu mendapat di antara RM3,000 to RM4,000 setiap bulan berbanding ketika masih terbelenggu dengan sistem konvensional yang hanya mampu memperolehi di antara RM1,000 to RM2,000 sahaja.

Pengakuan yang sama kepada pemandu teksi di Johor Baru. Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada kerajinan pemandu teksi tetapi masalah untuk mendapatkan penumpang bukan lagi menjadi kekangan untuk mereka apabila sistem e-hailing telah banyak membantu dan penumpang kini lebih yakin dan selesa dengan sistem booking ini.

Dahulu pemandu teksi terpaksa berbaris atau terpaksa merayau-rayau untuk mendapatkan penumpang tetapi segalanya telah dipermudah dan diatasi.

Kesemua pemandu teksi yang berdaftar untuk perkhidmatan e-hailing adalah pemandu teksi yang telah lulus untuk mendapatkan permit teksi individu. Bukan sekadar itu, kerajaan juga telah memberi geran tunai sebanyak RM5,000 apabila pihak SPAD mendapati mereka layak dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pihak SPAD juga mendapati pemandu-pemandu teksi adalah terdiri mereka yang kuat bekerja dengan jujur dan bukan dari golongan yang mudah untuk menipu memandangkan ini adalah sumber pendapatan mereka.

Walaubagaimanapun, pihak SPAD tidak menghalang pemandu-pemandu teksi untuk mengekalkan sistem konvensional untuk mendapatkan penumpang. Dengan jelas, kini pemandu-pemandu teksi telah mampu memperbaiki pendapatan mereka sehingga ada juga yang memberi maklumbalas, mereka sehingga tidak sempat untuk makan kerana terlalu banyak permintaan penumpang.

SPAD juga telah mendapat maklumbalas positif yang imej dan sikap pemandu telah diperbaiki dan menjadi sangat baik.

Inilah keberhasilan yang diusahakan kerajaan dalam Program Transformasi Industri Teksi yang dipantau pihak SPAD di mana sasaran utamanya adalah untuk meningkatkan lagi industri teksi di tanahair. Sehingga kini, seramai 908 pemandu teksi yang telah tamat kontrak pajak kini telah menerima permit teksi individu dan seramai 439 pula telah menerima geran tunai sebanyak RM5,000.

No comments: